Hipertensi dan Warga Emas Uzur

Apakah maksud uzur?
Seseorang yang berumur 80 tahun mungkin masih aktif dalam aktiviti-aktiviti harian dan boleh bertemu dengan rakan-rakan setiap hari untuk minum petang, manakala seorang lagi yang juga berumur 80 tahun mungkin bergantung kepada kerusi roda untuk bergerak kerana penyakit sendi pada lutut yang teruk, nyanyuk dan memerlukan bantuan semasa makan dan mandi.



