medical news today

Health Information

Google Search

Wednesday, November 20, 2019

Health Advice For Service Sector Workers (Service Sector) During Haze

Pengenalan

Jerebu  boleh menyebabkan masalah kesihatan di kalangan orangramai. Sebagai langkah pencegahan semasa jerebu, orang ramai dinasihatkan supaya meminimakan aktiviti luaran. Walau bagaimananpun, pekerja di sektor perkhidmatan terutamanya anggota seperti hospital, klinik kesihatan, Polis, Bomba, Jabatan Perkhidmatan Awam, dan lain-lain adalah terdedah kepada persekitaran yang kurang sihat semasa jerebu. Sektor pekerja tersebut juga terpaksa meneruskan kerja walaupun situasi  persekitaran semakin merosot.Panduan merupakan nasihat kesihatan bagi pekerjaan di sektor perkhidmatan.



Tindakan untuk diambil oleh organisasi

1. Mengenal pasti keperluan anggota yang minima untuk melaksanakan tugas semasa keadaan persekitaran tidak sihat.

2. Mengenalpasti anggota berisiko tinggi iaitu dengan masalah kesihatan seperti penyakit paru-paru dan penyakit jantung yang tidak boleh melakukan tugas luaran dan memberi mereka tugas dalaman untuk sementara waktu.

3. Menyediakan jadual untuk giliran tugas supaya anggota tidak terdedah untuk tempoh masa yang lama.

4. Menyediakan alat pelindung diri ( topeng muka) yang mencukupi untuk di gunakan oleh anggota semasa menjalankan tugas. Latihan dan fit testing perlu dilakukan di mana perlu.

5. Memberi nasihat kesihatan kepada anggota mengenai langkah-langkah pencegahan untuk diambil semasa melaksanakan tugas semasa jerebu









Tindakan untuk diambil oleh pekerja



1. Memastikan kebersihan diri. Mencuci tangan setelah masuk dari luar bangunan.



2. Memberitahu status kesihatan kepada majikan jika mempunyai masalah kesihatan seperti penyakit paru-paru dan penyakit jantung.



3. Mengambil rawatan seperti dinasihati doktor jika mempunyai masalah kesihatan seperti penyakit paru-paru dan penyakit jantung.



4. Menggunakan alat pelindung diri semasa menjalankan tugas di luar.



5. Menjaga kesihatan dengan meminum air yang banyak, memakan makan berkhasiat terutamanya buah-buahan.



6. Mengelakkan daripada merokok, meminum kopi atau alkohol.



7. Melakukan senaman dalaman.



0 comments:

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP